PERATURAN RASMI KEMPEN RUJUKAN TAHUN BARU


1. PENERANGAN PROMOSI: Cabutan Tahun Baru Novakid bermula pada 22 November 2021, jam 09.00 waktu UTC dan berakhir pada 10 Januari 2022, jam 23.59 waktu UTC. Ini akan disebut selepas ini sebagai "Tempoh Promosi". Penaja Cabutan ini ialah Novakid INC., 548 Market Street Suite 8291 San Francisco, CA 94104, support@novakidschool.com ("Penaja", "Novakid").

Dengan mengambil bahagian dalam Cabutan ini, setiap peserta menerima dan bersetuju tanpa syarat untuk mematuhi serta terikat dengan Peraturan Rasmi ini serta keputusan Penaja, yang muktamad dan mengikat dalam semua aspek. Penaja bertanggungjawab untuk mengumpul, menyerahkan atau memproses penyertaan dan pentadbiran keseluruhan Cabutan ini. Peserta hendaklah merujuk kepada Penaja sahaja tentang sebarang soalan, komen atau masalah yang berkaitan dengan Cabutan.

2. KELAYAKAN: Terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Sila ambil perhatian bahawa ini tidak melibatkan kanak-kanak sebaliknya golongan ibu bapa.

Pegawai, pengarah, pengurus dan pekerja Penaja, cawangannya, anak syarikat dan syarikat gabungannya, serta saudara terdekat dan (atau) orang yang tinggal bersama mereka ini tidak layak untuk mengambil bahagian dalam cabutan. Cabutan ini tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan persekutuan, negeri dan tempatan yang berkuat kuasa dan tidak sah jika terdapat larangan atau sekatan undang-undang.

Mereka yang telah merujuk rakan-rakan kepada Novakid (“Perujuk”) dan mereka yang telah mencipta akaun melalui Perujuk (“Rujukan”) boleh mengambil bahagian dalam Cabutan Tahun Baru Novakid mengikut Peraturan Rasmi ini.

3. HADIAH:

Hadiah Utama: 100 pelajaran percuma
Hadiah yang dijamin untuk Perujuk : Baucar Shopee bernilai RM 50

Hanya satu Hadiah Utama untuk setiap orang, akan diberikan. Kedua-dua Perujuk dan Rujukan layak memenangi Hadiah Utama. Perujuk dan Rujukan akan mengambil bahagian melalui kod Perujuk. Penyertaan adalah percuma. Tiada sebarang pembelian atau pembayaran yang dikenakan untuk menyertai cabutan. Pembelian tidak meningkatkan peluang untuk menang.

Kad hadiah dan sijil hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat pengeluar. Hadiah tidak boleh dipindahkan, ditebus dengan wang tunai atau digantikan oleh pemenang. Penaja berhak mengikut budi bicara mutlaknya, untuk memberikan hadiah ganti yang nilainya sama atau lebih besar jika hadiah yang diterangkan dalam Peraturan Rasmi ini tidak tersedia atau tidak boleh diberikan, secara keseluruhan atau sebahagian, atas sebarang sebab. Penaja tidak membuat pernyataan atau memberi jaminan tentang penampilan, keselamatan atau prestasi mana-mana hadiah yang diberikan. Sekatan, syarat dan had mungkin dikenakan. Penaja tidak akan menggantikan mana-mana item hadiah yang hilang atau dicuri.

Semua cukai, yuran dan surcaj persekutuan, negeri dan/atau tempatan adalah tanggungjawab pemenang hadiah, jika ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara tempat cabutan diadakan. Jika tidak, kos ini diperuntukkan mengikut undang-undang tersebut. Kegagalan untuk mematuhi Peraturan Rasmi akan mengakibatkan hadiah dibatalkan.

4. CARA MENYERTAI:

Sertai Cabutan semasa Tempoh Promosi dalam talian dengan merujuk rakan anda mengikut langkah-langkah seperti yang diterangkan pada laman web. Sebaik sahaja rakan anda mendaftarkan akaun mereka dengan pautan atau kod Rujukan anda, anda sebagai Perujuk dan rakan anda sebagai Rujukan akan dimasukkan ke dalam Cabutan Tahun Baru Novakid dengan jayanya.

Jika rakan anda terlupa menggunakan pautan atau kod Rujukan anda semasa membuka akaun, mereka mesti memaklumkan isu tersebut kepada perkhidmatan pelanggan dan kemudian, pasukan Novakid akan memasukkan pautan Rujukan secara manual. Untuk mengambil bahagian dalam cabutan ini, kedua-dua Perujuk dan Rujukan bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada cabutan ini sebaik sahaja mereka berkongsi kod mereka untuk digunakan dan menggunakan kod Rujukan tersebut untuk membuka akaun dan menyelesaikan pelajaran percubaan masing-masing.

Jika, atas apa jua sebab Perujuk atau Rujukan tidak berminat untuk menyertai Cabutan Tahun Baru Novakid ini, mereka mesti memaklumkan kepada Novakid bahawa mereka tidak mahu mengambil bahagian dalam Cabutan Tahun Baru Novakid. Sebaik sahaja ini dilakukan, mereka yang ingin dikecualikan akan dikeluarkan daripada Cabutan Tahun Baru Novakid. Tindakan ini TIDAK BOLEH ditarik balik.

5. PEMILIHAN PEMENANG: Pemenang Cabutan akan dipilih melalui cabutan rawak semua penyertaan yang layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi. Pemenang akan diumumkan pada dua tarikh berasingan dalam akaun instagram tempatan serantau oleh Penaja dan keputusan adalah muktamad. Pengumuman tarikh cabutan hadiah adalah seperti berikut:

Sepanjang 21-27 Disember 2021, lebih 100 pelajaran percuma akan diedarkan dalam kalangan para pemegang akaun yang menang.
Sepanjang 3 Januari - 10 Januari 2022, lebih 100 pelajaran percuma akan diedarkan dalam kalangan pemegang akaun yang menang.

Peluang untuk menang akan berbeza-beza bergantung pada bilangan penyertaan yang layak, yang diterima.

6. PEMBERITAHUAN PEMENANG:

Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel di alamat e-mel yang didaftarkan pada laman web Novakid dan akaun yang berkaitan dengannya. Pemenang mesti menerima hadiah melalui e-mel seperti yang diarahkan oleh Penaja dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar selepas pemberitahuan. Penaja tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kegagalan menerima pemberitahuan atas sebarang sebab, termasuk akaun e-mel yang tidak aktif, masalah teknikal yang berkaitan dengannya, atau kegagalan Pemenang untuk memantau mana-mana akaun e-mel sewajarnya.
Semua hadiah akan dihantar ke alamat rumah pemenang, yang akan dimaklumkan kepada Novakid selepas menerima e-mel. Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan alamat rumah yang betul dan Novakid tidak bertanggungjawab jika alamat rumah yang diisytiharkan adalah salah. Sebarang pemberitahuan pemenang yang tidak dijawab atau dikembalikan semula kerana gagal dihantar boleh mengakibatkan hadiah dibatalkan. Penggantian atau pemindahan hadiah tidak dibenarkan kecuali dibuat oleh Penaja.

Semua keputusan akan diumumkan dalam akaun instagram Novakid tempatan yang terlibat. Semua peserta yang ingin menerima berita dan kemas kini tentang Cabutan Tahun Baru Novakid mesti mengikuti pengumuman melalui akaun Instagram tempatan.

7. PRIVASI: Sebarang maklumat peribadi yang diberikan oleh anda adalah tertakluk kepada dasar privasi Penaja yang disiarkan di sini. Dengan menyertai Cabutan ini, anda memberikan Penaja kebenaran untuk berkongsi alamat e-mel anda dan maklumat peribadi lain dengan rakan kongsi, ejen dan/atau penyedia perkhidmatan Novakid untuk tujuan pentadbiran dan penyelesaian serta penghantaran hadiah. Anda memberi kebenaran untuk menerbitkan keputusan dan maklumat tentang pemenang cabutan di laman web Penaja, akaun media sosial dan cara lain yang wajar untuk memenuhi kewajipannya memaklumkan kepada peserta dan orang ramai.

8. HAD LIABILITI: Penaja tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti ke atas:
(a) sebarang maklumat penyertaan yang salah atau tidak tepat, atau sebarang penghantaran data elektronik yang rosak atau gagal; (b) sebarang akses tanpa kebenaran, atau kecurian, penghapusan atau pengubahan penyertaan pada bila-bila masa Cabutan ini dikendalikan; (c) sebarang kerosakan, kegagalan, ralat, kehilangan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan teknikal ketika pengendalian atau kegagalan talian komunikasi, tanpa mengira apa jua puncanya, yang berkaitan dengan sebarang peralatan, sistem, rangkaian, talian, satelit, pelayan, kamera, komputer atau pembekal yang digunakan dalam mana-mana aspek pengendalian Cabutan; (d) ketidakcapaian atau ketiadaan mana-mana rangkaian atau perkhidmatan wayarles, Internet atau laman web atau mana-mana gabungannya; (e) perkhidmatan telefon talian tetap, Internet atau wayarles yang dihentikan atau dibatalkan; atau (f) apa jua kecederaan atau kerosakan pada komputer peserta atau mana-mana komputer atau peranti mudah alih orang lain yang mungkin berkaitan dengan atau berpunca daripada sebarang percubaan untuk mengambil bahagian dalam Cabutan ini.

Jika, atas apa jua alasan, Cabutan tidak dapat berjalan seperti yang dirancangkan atas sebab-sebab yang mungkin termasuk tanpa had kepada, jangkitan virus komputer, gangguan, campur tangan tanpa kebenaran, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa jua sebab lain yang boleh merosakkan atau menjejaskan pentadbiran, keselamatan, kesaksamaan, integriti atau kelakuan baik bagi Cabutan ini, Penaja berhak untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menghentikan Cabutan mengikut budi bicaranya, secara keseluruhan atau sebahagian.

Dalam keadaan sedemikian, Penaja hendaklah menghentikan serta-merta semua cabutan dan pemberian hadiah, dan Penaja berhak untuk memberikan mana-mana hadiah yang berbaki dengan cara yang dianggap adil dan saksama oleh Penaja. Penaja tidak mempunyai sebarang liabiliti selanjutnya kepada mana-mana peserta, berkaitan dengan Cabutan ini. Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Peraturan Rasmi ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, kesahihan, kesahan dan penguatkuasaan peruntukan yang selebihnya tidak akan terjejas atau terkesan dengan apa jua cara dan peruntukan tersebut tidak dapat dikuatkuasakan mengikut ketidaksahihan, pelanggaran undang-undang atau penguatkuasaan yang tidak dapat dijalankan sahaja.

Peraturan Rasmi ini boleh dipinda pada bila-bila masa oleh Penaja tanpa pemberitahuan, dengan syarat bahawa pindaan tersebut perlu bagi memastikan tatakelakuan yang betul dan selamat untuk Cabutan dan terutamanya untuk mengelakkan penyalahgunaan atau penipuan.